Tampilkan postingan dengan label faidah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label faidah. Tampilkan semua postingan

Keagungan dan Amal Sunat di Hari Asyura

Apa saja yang harus dilakukan di hari asyura ?
Nah , Hari Asyura merupakan salah satu hari yang dirayaikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam tepatnya 10 Muharram.
        Menurut pandangan  Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban yang  berlaku terhadap para nabi. Disebabkan itu, umat Islam menghormati hari tersebut seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
        Nabi Muhammad s.a.w.  melakukan puasa Asyura sejak di Makkah,  puasa Asyura adalah amalan biasa masyarakat setempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati  kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura . Ketika itu, Baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian.  masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
   1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
   2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
   3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
   4. Allah menjadikan ‘Arasy.
   5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
   6. Allah menjadikan alam.
   7. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
   9. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  10. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
      Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.

  20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

  21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.

  22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifa Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
hal sunat yang dilakukan pada hari Asyura / sunat-sunat asyura :
   1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
   2. Memuliakan fakir miskin
   3. Menahan marah
   4. Menunjukkan orang sesat
   5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
   6. Bersedekah
   7. Memelihara kehormatan diri
   8. Mandi Sunatlafaz niat : “ aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
   9. Bercolek
  10. Membaca al ikhlas hingga akhir seribu kali
  11. Menjamu orang berbuka puasa
  12. Niat Puaas Asyura -  aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

Faidah atau Manfaat Mempelajari Filsafat

Faidah atau Manfaat Mempelajari Filsafat
  Bila kita belajar filsafat sama saja kita belajar mikir , mikir itu susah hingga orang beranganggapan filsafat susah.. ya memang susah , Nah pertanyaannya  ,  
Ada gak sih faidah filsafat ?
lalu apa faidah mempelajari filsafat ?
Tentu yang namanya pelajaran pasti ada manfaat dan umumnya berpendapat bahwa manfaat atau faidah mempelajari fisafat itu Ada empat ,yaitu : 
  • agar terlatih berpikir serius,
  • mampu memahami filsafat
  • munkin jadi filosof,dan menjadi warga yang baik dan sebaliknya.orang yang ingin membangun dunia perlu mengetahui filsafat sebab, 
  • berfilsafat berarti berusaha menemukan kebenaran sesuatu dengan pemikiran serius dan  kemampuan berpikir diperlukan oleh semua kalangan terutama bagi tokoh yang ingin memajukan dunia.tapi perlu diketahui kemampuan berpikir manusia sangat terbatas dimana dengan filsafat saja persoalan hidup tidak bisa terjawab maka perlu agama untuk meluruskan budaya hidup.
 Pandangan dan sikap manusia terhadap fisafat berbeda-beda disebabkan berbeda sudut pandang masing-masing kalangan. Ada yang bersikap pesimis(golongan yang menganggap filsafat itu terkesan rumit dan sulit), sikap  sekeptis atau apatis(golongan yang bernggapan tidak ada gunanya memutar otak hanya untuk mengetahui hakekat alam atau benda ),dan sikap negatip ( mereka beranggapan bahwa berfilsafat itu ibarat bermain api ).

semoga artikel Faidah  Mempelajari Filsafat

Keutamaan Surah Al-Ikhas

1.    Siapa membaca surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran.
2.    Siapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali nescaya mendapat pahala seperti pahala orang yang membaca Quran sekali khatam.
3.    Siapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, nescaya Allah akan sediakan baginya satu mahligai dalam syurga.
4.    Siapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.
5.    Siapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga
6.    Siapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali dan dia tidak menzalimi manusia, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak minum minuman yang memabukkan, nescaya Allah ampunkan kesalahan yang dilakukan olehnya dalam tempoh 50 tahun.
7.    Siapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 200 kali setiap hari serta ia tidak mempunyai hutang dengan manusia, nescaya dituliskan baginya 1500 kebajikan dan dihapuskan dosanya yang telah dilakukan dalam masa 50 tahun.
8.    Siapa membaca surah ini sebanyak 21 kali sebelum tidur, kemudian mengiring ke sebelah kanan, nescaya diseru pada hari Kiamat: “Wahai hamba Ku, pergilah engkau ke pihak kanan dan masuklah ke dalam syurga
9.    Siapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100,000 kali, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti orang yang telah menebus dirinya dari neraka
10.    Siapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, nescaya dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan di dalam syurga.
11.    Orang-orang yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali lebih dikasihi oleh Allah daripada orang yang membelanjakan 200 ekor kudanya untuk perang sabilillah.
12.    Siapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali ketika masuk ke dalam rumahnya, terpelihara dikasihi oleh tetangga.
13.    Tejemahan Sabda Nabi “siapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ pada permulaan makannya (kerana terlupa), bacalah surah Al-Ikhlas ketika selesai dari makan.”
14.    Supaya terkabul  hajat, melunaskan segala hutang piutang dan bala, mendapat rezeki yang banyak, mendapatkan zuriat dan sebagainya.
Solat hajat sebanyak empat rakaat dan satu salam di tempat yang sunyi dari manusia.
Pada rakaat pertama : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 10 kali
Pada rakaat kedua : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 20 kali
Pada rakaat ketiga : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 30 kali
Pada rakaat keempat : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 40 kali
Setelah memberi salam, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali, selawat ke atas Nabi 50 kali, Istighfar 50 kali dan baca ‘Laa hawlaa walaa quwwata illa billahhil ‘aliyyil ‘azim’ sebanyak 50 kali. Kemudian dipohon apa-apa hajat, insyaallah sukses.
15.    Menurut sebagian keterangan bahwa Rasulullah s.a.w sebelum beradu (tidur), Baginda membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas pada dua belah tangannya lalu disapukan ke muka dan seluruh tubuhnya. Dilakukan sebanyak 3 kali oleh Baginda s.a.w.
16.    Jika dibaca 3 surah ini (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) pagi dan petang, niscaya tidak mengalami kesusahan hidup .
17.    Siapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas setiap satu 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala sehinggalah ke Jumaat yang berikutnya.
18.    Kata Syeikh Abu Hassan As-Syazuli: “Apabila engkau hendakkan keikhlasan, maka bantulah dirimu dengan membaca surah Al-ikhlas.”
19.    Imam Ibnu hajar juga menyarankan seyogiyanya kita memabca 100 kali dalam sehari semalam agar dosa-dosa terampuni dalam sehari
            Ini adalah  fadoilul a’mal jadi boleh dilaksanakan dan perlu diketahui dosa yang dimaksud terampuni adalah dosa kecil , bukan seperti dosa besar seperti meninggalkan solat . Wallohua’alam



   
 

Popular Posts

Cloud