1. Siapa membaca surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran.
2. Siapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali nescaya mendapat pahala seperti pahala orang yang membaca Quran sekali khatam.
3. Siapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, nescaya Allah akan sediakan baginya satu mahligai dalam syurga.
4. Siapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.
5. Siapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga
6. Siapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali dan dia tidak menzalimi manusia, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak minum minuman yang memabukkan, nescaya Allah ampunkan kesalahan yang dilakukan olehnya dalam tempoh 50 tahun.
7. Siapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 200 kali setiap hari serta ia tidak mempunyai hutang dengan manusia, nescaya dituliskan baginya 1500 kebajikan dan dihapuskan dosanya yang telah dilakukan dalam masa 50 tahun.
8. Siapa membaca surah ini sebanyak 21 kali sebelum tidur, kemudian mengiring ke sebelah kanan, nescaya diseru pada hari Kiamat: “Wahai hamba Ku, pergilah engkau ke pihak kanan dan masuklah ke dalam syurga
9. Siapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100,000 kali, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti orang yang telah menebus dirinya dari neraka
10. Siapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, nescaya dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan di dalam syurga.
11. Orang-orang yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali lebih dikasihi oleh Allah daripada orang yang membelanjakan 200 ekor kudanya untuk perang sabilillah.
12. Siapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali ketika masuk ke dalam rumahnya, terpelihara dikasihi oleh tetangga.
13. Tejemahan Sabda Nabi “siapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ pada permulaan makannya (kerana terlupa), bacalah surah Al-Ikhlas ketika selesai dari makan.”
14. Supaya terkabul hajat, melunaskan segala hutang piutang dan bala, mendapat rezeki yang banyak, mendapatkan zuriat dan sebagainya.
Solat hajat sebanyak empat rakaat dan satu salam di tempat yang sunyi dari manusia.
Pada rakaat pertama : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 10 kali
Pada rakaat kedua : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 20 kali
Pada rakaat ketiga : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 30 kali
Pada rakaat keempat : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 40 kali
Setelah memberi salam, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali, selawat ke atas Nabi 50 kali, Istighfar 50 kali dan baca ‘Laa hawlaa walaa quwwata illa billahhil ‘aliyyil ‘azim’ sebanyak 50 kali. Kemudian dipohon apa-apa hajat, insyaallah sukses.
15. Menurut sebagian keterangan bahwa Rasulullah s.a.w sebelum beradu (tidur), Baginda membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas pada dua belah tangannya lalu disapukan ke muka dan seluruh tubuhnya. Dilakukan sebanyak 3 kali oleh Baginda s.a.w.
16. Jika dibaca 3 surah ini (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) pagi dan petang, niscaya tidak mengalami kesusahan hidup .
17. Siapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas setiap satu 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala sehinggalah ke Jumaat yang berikutnya.
18. Kata Syeikh Abu Hassan As-Syazuli: “Apabila engkau hendakkan keikhlasan, maka bantulah dirimu dengan membaca surah Al-ikhlas.”
19. Imam Ibnu hajar juga menyarankan seyogiyanya kita memabca 100 kali dalam sehari semalam agar dosa-dosa terampuni dalam sehari
Ini adalah fadoilul a’mal jadi boleh dilaksanakan dan perlu diketahui dosa yang dimaksud terampuni adalah dosa kecil , bukan seperti dosa besar seperti meninggalkan solat . Wallohua’alam
0Awesome Comments!